• rss
  • twitter

Pancing Udang

-

Semalam, aku n kawan2 yang lain pegi melepak lagi kat kolam udang galah. Kali ni, masing2 dengan batang pancing yang baru. Cuma aku sorang jer tak. Seronok jugak semalam sebab tangkapan aku agak banyak jugak la. Tapi fadil paling banyak…. Huisshhh jeles aku… hahahahaha…

Tapi semalam aku dapat tangkapan yang paling besar berbanding tangkapan aku yang sebelom2 ni. First2 aku igt mata kail aku sangkut kat memana sebab susah sgt nak tarik. Rupa-rupanya, huh mak ai… sepit dia sama besor ngan jari kecik aku. Alhamdullillah, merasa jugak la dapat angkat udang besor semalam.

Tapi fadil, wa salute kat lu sebab lu dah pandai main tektik yang baru tu. So bila kita nak pegi lagi yer??? Nanti kalau pegi jangan lupa ajak aku ok… Gambar kat bawah ni, adalah sebahagian dari hasil tangkapan semalam. Walaupun x banyak, tp aku puas!!! Yesss!!!!

DSC_6105

November 15, 2009 at 6:24 pm
File under: Makan

Hari sabtu menjelma lagi…

-

Nasib baik hari ni x kerja mcm minggu lepas. Kalau tak, tak sempat la nak tulis post terbaru untuk hari ni. Siang ni xder apa2 pun aktiviti yang special. Maybe malam satgi kot baru ada aktiviti yang seronok. Pegi memancing… Huiiisss…. rasa x sabar nak tunggu malam. huuihhhh.. x sabornyerr!!!

November 14, 2009 at 4:06 pm
File under: Others

Hari-hari yang sangat sibuk

5

Hari ini dan hari seterusnya, aku akan melalui hari-hari yang sangat sibuk. Maklumlah, user nak review balik use case. So, buat masa ni, aku sangat bz ngan defect log yang bertimbun-timbun. Harini, aku balik pun lewat. Meeting dari pukul 5stgh sampai la pukul 9stgh.

Esok tak tau lagi pukul berapa sampai office n pukul berapa balik. Apapun kita tunggu esok jer yer… Chauuusin…

November 2, 2009 at 11:46 pm
File under: Others

Hari ini hari sabtu

2

Syoknya harini. Rasa best sgt bila bangun tido. Puas tido kot, sebab tu aku rasa best. Bangun jer dari tidur, aku pun trus on laptop. Tiba2 jer ada prompt update dari ubuntu. Aku pun accept jer la. Lepas jer install semua2, tetiba ada 1 lagi upgrade iaitu Ubuntu 9.10. Yeehhhhhaaaa…. Karamic Koala dah kluar. Hehehehehe… Tapi aku pun tak tau lagi macamana version ni. Stabil ker tak. Sebab time aku tulis post ni, ubuntu aku neh masih dalam process upgrade. Harap2 ok la… yang paling penting, driver mesti support. Kalau xder driver, susah ooo….. berikut merupakan sedikit description yang diambil dari ubuntu.com, tentang Ubuntu Version 9.10 nih:

  • Faster, smoother, more beautiful…
    New features, fixes and applications designed around you.
  • Developing at speed…
    Fun tools make it easy to write and deploy apps for Ubuntu
  • …and introducing your personal cloud
    Store and share files and contact in a couple of clicks with Ubuntu One



Benda yang aku tunggu2 dari ubuntu iaitu Ubuntu One. akhirnya mucul jugak. Walaupun space yang dia kasi x banyak, tapi setidak2nya boleh la aku simpan apps aku dalam storage tu… Apapun kita tunggu hasilnya nanti. Sekarang aku terpaksa restart laptop aku sebab proses upgrade sudahpun tamat. Huh x sabar nak nengok ubuntuk baru nih macamana… oklah, bye….

October 31, 2009 at 12:07 pm
File under: Others

Cacing oh cacing

5

Alhamdullilah, akhirnya dapat jugak aku kumpul duit untuk nak tambah lot. Walaupun perit tp hasilnya lumayan. Tp bulan ni aku terpaksa ikat perot. Tp xper la, untuk jangka masa panjang, cacing merupakan side-income yang sangat lumayan. Org dapat gaji, bleh beli itu ini. Tapi aku tak. InsyaALLAH bulan depan, kehidupan aku akan lebih better dari bulan2 sebelom ni.

Ya ALLAH ya tuhanku, bantulah aku. Aku juga bermohon kepadamu, permudahkanlah segala urusanku… amin….

October 26, 2009 at 8:33 pm
File under: Uncategorized

Ubuntu Linux for All…

4

Hari ni kononnya nak format laptop, nak masukkan Ubuntu 9.04 dalam laptop neh. Punya la sibok transfer semua file ke dalam server. Bila semuanya dah ready, last-last installer nya pulak xder. Aku terlupa nak amek CD tu kat rumah kawan aku. Hadoi…!! So aku pun check la kat laman ubuntu.com. Fuh ada lagi version baru. Tapi masih beta version. Kena tunggu 12 hari lagi diorang akan launch ubuntu version baru iaitu version 9.10. Huih, x sabar rasanya nak tunggu. apapun pada laptop presario v3000 aku neh, harap bersabar yer. Kita tunggu sesama ubuntu version baru tu. Nanti dah ada installernya, aku akan format kau. Hidop Linux!!! Yeeehaaa….

October 17, 2009 at 8:52 pm
File under: Others

Hari-hari yang bosan

3

Rasa mcm lama sgt nak tunggu kul 6 ptg. 1 saat bagaikan 1 minit. Fuh! bosannya kerja. Orang lain cuti, aku plak kena kerja. Dah la xder kerja nak buat. Dok online jer la dari kul 9pg – 6ptg. Semalam n hari ni sama jer. Semalam aku sorang jer yang datang. Seniot2 yang lain semuanya masih bercuti lagi.

Tp hari ni, aku ngan kak huda jer yang datang. Kak huda plak x berapa nak sihat. Batuk n selsema. Esok maybe bosan lagi, xder benda yang aku leh buat melainkan online n main game. Test script pun x siap lagi sebab aku kena tunggu mereka2 yang bercuti ni masuk office. Hah! jelesnya aku… org lain cuti aku kena kerja…

Bosan…bosan…bosan…

September 24, 2009 at 5:40 pm
File under: Others

Aidilfitri 2009

1

rayaeve

Minggu ni mood raya langsung xder. Tp tadi time org semua sibuk nak baik kampung, barulah mood raya tu tiba. Aku rasa seronok sangat nengok org semua nak balik. Walaupun aku xder kampung, tapi aku tumpang gembira la jugak. Raya tahun ni aku maybe macam biasa, lepak kat rumah jer. Tp mungkin akan ada plan mengejut pada raya kedua. Kita nengok jer la nanti.

Malam raya tu pun macam biasa juga, pegi jenjalan kat jln TAR ngan budak2 jalan kucing. Apala citer budak jalan kucing yer? dah lama aku x jumpa diorang semua. Apapun, pada mereka yang memandu pulang ke kampung, aku doakan semuanya selamat sampai dan selamat pulang. Hati2 semasa memandu, jgn nak laju2 sgt. Selow2 sudah la….

Pada kenalan, sahabat karib n seluruh umat Islam  yang berada di Malaysia ataupun luar negara, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Tak lupa juga pada family aku, mak, abah, n adik beradik yang lain, aku mintak ampon dan maaf. Opppss…. x lupa juga pada sidia yang nun jauh disana, selamat hari raya n selamat hari lahir…. hmmm oklah dah tak tau nak tulis apa… bye…

Assalamualaikum…

September 17, 2009 at 11:58 pm
File under: Others

Mengantok, malas…

-

Hadoi, malas rasanya nk buat kerja. Ngantuk harini. Tapi nak buat cemana, terpaksa pi kerja jugak. Tapi xper. Esok dah hari sabtu. Yay! cuti… bestnya, sebab leh relek2 skit. Hmmm

Esok rasanya nk pi buat WCN aku tuh! kesian dia dah sakit2 dah pun. Dengar kata WCN akan dapat radio bawwuu… Kita tunggu jer la esok, apapun tengkiu kat AS sebab nk kasi radio tu kat aku. Oppss… x lupa juga, aku nk ucapkan Selamat Hari Lahir pada AS… Hmmm ok lah! dah tatau nak tulis apa. Dah bowing neh! da…

September 11, 2009 at 8:52 am
File under: Others

Ikea – Berbuka

4

Alhamdulillah, semuanya selesai ngan jayanya. Hari ni kami sempat berbuka puasa bersama di ikea. Makan pun sedap n harganya pun berpatutan. Cumanya kami agak lewat ke situ dan menyebabkan kami hampir2 xder table. Tp sib baik table ada lg. Puas makan kat situ. Kenyang sangat2!

Minggu depan maybe berbuka kat tempat lain lak. Maybe nak pi makan kat al rawsha plak sebab td farid call aku ajak pi berbuka ramai2 kat sana. InsyaALLAH… kita hanya plan, ALLAH yang menentukan. Apapun, untuk aktiviti hari ini, aku ucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang datang untuk menjayakan antiviti berbuka puasa bersama-sama.

DSC_5234

August 28, 2009 at 2:02 am
File under: Uncategorized

Twitter Updates