• rss
  • twitter

Sudah masuk tahun ke 4

2

Mesti korang tertanya2 apa maksud aku sebenarnya dengan tajuk di atas tu? Cinta… eh tak lah! Sebenarnya sudah masuk tahun keempat aku bergelumang dalam dunia internet marketing neh. Tapi hasilnya masih belum memberansangkan. Kalau mengikut pengalaman dari otai2 internet marketing, mereka semua pun mengambil masa antara 2-3 tahun untuk success.

Mungkin tahun ni ALLAH limpahkan rahmatnya pada aku supaya aku menjadi orang yang berjaya dalam apa yang aku usahakan. Sekarang ni tgh sibuk skit nak menyiapkan project RnD kami. Selain tu juga, aku masih sibuk membuat template baru untuk softboxkid neh. So, apa2 update akan aku share kat sini nanti… doakan kejayaan kami yer!

February 6, 2010 at 6:18 pm
File under: Project

Milysa Excell Referral System

-

Hmm… mintak2 system ni siap dalam masa yang telah ditetapkan. Front-end dah 75% siap. Back-end baru jer 10% siap. fuh! mintak2 sempat la siap. Aku dah x sabar nak dapat duit neh! hehehehehe… Tahniah pada Milysa Excell kerana bangun daripada tido yang panjang! Ini semua hasil usaha kawan2 aku yang kerja di sana.Tanpa diorang, siapalah mereka sekarang.. Ceyyywahh!

Milysa Excell Referral System ni di bangun kan atas kerjasama Milysa dan aku. Aku rasa, dengan adanya system seperti ini, dapat mempercepatkan pergerakan dari segi penajaan. Buat permulaan, sistem ini akan hanya diguna pakai oleh ahli2 khas yang diketuai oleh diri saya sendiri dan 3 lagi wakil dari syarikat ini.

Tetapi, untuk jangka masa panjang, sistem ini akan di ‘upgrade’ kan sehingga orang ramai yang berminat, boleh menggunakan sistem ini sebagai ‘tool’ untuk melakukan penajaan dan juga promosi. InsyaALLAH…

Milysa Excell – Referral System

August 18, 2009 at 2:25 am
File under: Project

Kerja luar

-

Salam… Sibuk sekarang neh! Mana taknya, minggu ni aku asyik keluar jer. Kerja kat luar. Minggu ni aku jadi technician kat DHAS (DRB Hicom Auto Solution). Alhamdulillah, masyuk jugak la aku. So kerana kesibukan yang sangat melampau, aku x sempat nak update blog ni. Sib baik la hari ni aku x sibuk sangat. Ada lah masa nak jenguk2 blog aku neh.

Pengalaman aku kat DHAS memang sangat mencabar. Bukannya apa, PC diorang kena attack ngan virus apa entah. Hebat jugak la virus nya. Sampai antivirus pun x dapat nak fight virus tuh. So aku pun ambil keputusan untuk memformat PC2 kat situ. Hambek kau! clean n clear…

Dalam dok sibuk2 kerja kat luar, dapat pulak project baru. Alhamdulillah… Ada la sikit2 income. Hmmm… oklah, aku pun dah tatau nak tulih apa da. Last sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat AS sebab panggil aku n kasi job kat aku… Tengkiu AS…

July 25, 2009 at 2:30 pm
File under: Project

Bell & Ross Theme (Current project)

4

Bosan n tatau nak watper. Lepak2 n tengok2 koleksi gambar yang ada. Tetiba rasa cam nak design lagi satu theme (Bell & Ross) Gambar Bell & Ross ni aku ambik semasa OTW nak gi damansara, lepak2 ngan Mr. Wan n Mr. Dzof. Tak sangka plak gambar ni aku jadikan background theme untuk template kali ni.

(more…)

July 13, 2009 at 8:28 am
File under: Project

Softboxkid Version Alpha 0.01

4

Akhirnya, siap juga custom WP template aku. Walaupun blog ini mungkin nmpak mcm dah siap, tapi sebenarnya masih dalam ujian “Running test”. Mungkin ada serba sedikit yang perlu diperbetulkan. Sofboxkid Alpha Version ini sesuai di guna pakai untuk Wordpress Ver 2.7 dan 2.8.

(more…)

July 10, 2009 at 11:19 am
File under: Project

Completed project – Custom Blog softboxkid

2
Softboxkid Alpha 0.01

Softboxkid Alpha 0.01

Hui… lama rasanya x mengepost kat blog ni. Mungkin sebab aku bz kot. Bz tido.. hahahahahha… buat masa sekang ni, aku buat banyak benda. Asyik kuar rumah jer. Diskas itu, diskas ini… Tp bila sampai jer umah, hati aku macam terpanggil2 nak buat design untuk blog aku sendiri.

(more…)

July 4, 2009 at 2:40 am
File under: Project

Booklet Hampir Siap (80%)

3
Booklet

Booklet

Kelmarin, semalam n hari ini aku n partner aku berhempas pulas perot menyiapkan booklet ni. Alhamdulillah dah siap 80%. Cumanya tinggal nak make sure ejaan semua betol n final touch-up. Fuh hampir siap.. lega rasanya. Tp lepas jer siap, aku kena jumpa client aku plak untuk nak tunjuk sama ada diorang setuju ker idak design tu. Kalau setuju, baru la design tu akan di bawa  ke printing company n selepas itu, aku pon MASYUKKKKKK….. Horayyyy!

Alhamdulillah…..

April 20, 2009 at 4:40 pm
File under: Project

New project… No experience…

1

Harini dapatla satu panggilan misteri dari office Milysa Excell. “Huh! abg zul call la, Alamak!” Aku pon angkat la call dia. “Hmm… botak, datang office harini!” Hadoi… malasnye nak gi. Tp bila dipikirkan balik, better aku pegi. “Ni sebab periuk nasik aku nih!” Aku pun call joe (partner aku yang cool), n suruh dia mai umah aku. Di pendek kan cerita, kami pun sampai la ke office tersebut. “Web dah update! apa lagi ni?” Rupa-rupanya, diorang nak aku wat 1 lagi pojek di mana aku n partner aku kena design 1 booklet untuk diorang. Aku pun apa lg, accept jer la. Duit la katakan… 

Tp masalahnya sekang ni, aku n partner aku ni xder langsung pengalaman design booklet, dan yang paling teruk sekali, kena submit 18 hb ni… Haiyyoo! buleh ker ni?? Last2 kami amek keputusan redah jer, n buat cara kami sendiri. Mintak2 cara kami ni betul la kot… Pada Milysa Excell, aku still nak ucapkan terima kasih sebab bagi kepercayaan kat aku untuk buat benda2 mcmni walaupun aku xder pengalaman langsung, and syukur pada ALLAH S.W.T kerana DIA bagi aku rezeki yang x putus2 selama aku menjadi seorang freelance designer…

April 15, 2009 at 9:15 pm
File under: Project

Next job… no payment…

3

Hadoi! sakit ati pun ada. Mana tak nya. Keje aku dah setel lama dah. Tp x dapat2 lagi duit aku neh! Sampai dah ada job lain pulak dah ni… nak mula kan kerja pon, mesti lah nak kena ada duit. Senang nak gerak ke sana ke mari. Tul x kawan2??? Hmmm… ni la tension nya kalau jadi freelance nih! Kengkadang meluat pon ada. Tp bila pikir2 balek, lumayan jadi camni. Rezeki ALLAH…

Ermmm baru ni aku ada la involved dalam pojek WORLDSTARS – Road to Holywood tu. Yang geramnya dah la dapat logo dalam bentuk .doc, nak kena convert lak ke PSD, PNG, EPS, AI n macam2 lagi la. Huh! penat woo nak kena tracing balek image tuh. Tp bagus gak la. Setidak2 nya ada lah jugak sumbangan aku dalam program WORLSTARS tu.. Huiyyooo Bangger!!!

Tp payment masih lum dapat lagi. Bukannya apa, aku yang x kuarkan invoice lagi. Sajer jer. Lagi pon, aku nak tunggu ada lagi satu kerja nak mai. Dah setel keje tu, baru la aku kuarkan invoice sekali jer. Hmmm… jimat kertas aku, x yah nak print2 bnyk kali… hehehehehhe…. Saving beb!

February 28, 2009 at 11:11 am
File under: Project

First job… first payment…

3

Hikhikhik… seronok pulak rasanya! Hmmm kenapa pulak seronok tetiba nih???? Hmmm baru2 ni adala 1 company suruh aku design website tuk diorang. Aku pun dengan selamber nyer buat la 2-3 design tuk jadikan portfolio untuk aku present kan pada bos company tu… Maklum la… tengah menganggur ni, mmg ada masa la nak wat sampai 2-3 design. Lepas jer seminggu, aku di panggil untuk meeting. Tujuannya, diorang nak tgk design aku la… Fuhhh! sib baik design aku di terima. Alhamdulillah.. Rezeki dari ALLAH!

Hmmm.. payment pun dah dapat… x sabar2 nak p buat keter aku… sian keter aku… dah la buruk, ditinggal-tinggalkan jer… Haaa pada sesiapa yang nak tgk hasil kerja aku, korang bolehla tgk kat http://www.msenetwork.com Emmm pada sesiapa yang dah tgk web tu, harap2 boleh la komen yer…  nak jugak tau komen korang tentang design aku nih..

ok chauuuu………..

January 21, 2009 at 8:49 pm
File under: Project

Twitter Updates