|
Semalam, aku n kawan2 yang lain pegi melepak lagi kat kolam udang galah. Kali ni, masing2 dengan batang pancing yang baru. Cuma aku sorang jer tak. Seronok jugak semalam sebab tangkapan aku agak banyak jugak la. Tapi fadil paling banyak…. Huisshhh jeles aku… hahahahaha… Tapi semalam aku dapat tangkapan yang paling besar berbanding tangkapan aku yang sebelom2 ni. First2 aku igt mata kail aku sangkut kat memana sebab susah sgt nak tarik. Rupa-rupanya, huh mak ai… sepit dia sama besor ngan jari kecik aku. Alhamdullillah, merasa jugak la dapat angkat udang besor semalam. Tapi fadil, wa salute kat lu sebab lu dah pandai main tektik yang baru tu. So bila kita nak pegi lagi yer??? Nanti kalau pegi jangan lupa ajak aku ok… Gambar kat bawah ni, adalah sebahagian dari hasil tangkapan semalam. Walaupun x banyak, tp aku puas!!! Yesss!!!! Tadi, aku pegi ke Sabak Bernam. Sajer jer jalan2 kat sana, lgpun ada urusan skit kat sana. sepanjang perjalanan kat sana, ada jer gerai2 kat tepi jalan jual macam. Buah ada, air ada, siput pun ada. Hah! siput??? Hmm hari ni aku nak share pasal siput yang aku maksudkan. Siput tu nama nyer “mentarang”. Mungkin kat tempat korang namanya berbeza. Maklum la, lain tempat, lain loghat nya. Lain tempat lain bunyi nyer… Mak, abah, bang, kakak aku kata mentarang ni sedap. Kalau mintak pendapat aku, susah aku nak buat keputusan pasal aku ni x reti rasa. Semua benda aku bedal ok jer. Orang lain kata x sedap pun aku makan mcm biasa jer. Mengikut pendapat diorang, mentarang ni rasanya lagi sedap dari lokan. So llepas ni kalau sesapa yang nak rasa kesedapan binatang ni, silalah ke area tg karang, sg besar, sabak bernam… Cepat! sementara stok maseh ada… ![]() Inilah rupanya siput mentarang tu Hari ni aku makan tengahari ngan kawan2 serumah. Adib, wan, king n aku. Kami berempat ke salah sebuah kedai namanya d’ limau nipis. Kedai ni terletak di bangi berhampiran dengan bangunan PKNS. Aku tak tau seksyen berapa. Pada org2 bangi mesti tau seksyen berapa. Kedai ni agak menarik, ada banyak pilihan… lauk2 dia pun best. Selain lauk2 yang menarik, kedai dia pun menarik. Maksud aku hiasan kedai yang nampak agak simple n kemas. Kaler ijau.. wuuuuuu sejuk mata memandang. Apa yang membuatkan kedai ni popular? Emm… dia ada jual ikan pekasam, ulam-ulaman, pari bakaq, n air yang lain dari lain… air d’limau special. Syokk woooo!
Pada sesiapa yang belum pernah ke sini, silalah datang. Dengan syarat blaja aku n kawan2 aku sekali. Hahahaha… Oh yer… jangan lupa singgah ke kedai sebelah d’limau nipis. kedai makcik aku tu… Hari ni xder apa nak citer. Cuma sajer nak share tempat makan yang agak menarik pada aku. Tadi aku jalan2 ke kajang sambil mencari tempat yang menarik untuk aku makan tengahari. Tetiba aku terigat satu kedai ni. Terletak berhampiran dengan giant kajang kat Prima saujana. Nama kedai dia “Yati ayam percik”. Agak famous jugak la kot kedai ni pasal aku tgk ramai org datang makan tengahari kat kedai ni. Mungkin pada mereka yang selalu berjalan ke kajang, tau kedai ni kat mana. Tp bagi aku, ini kali ke 2 aku pegi ke kedai ni. Apa yang special kat kedai ni? Aku rasa korang sumer dah tau dah. Mesti la ayam percik. Sebab tu dia letak nama kedai dia “ayam percik”. Selain tu, ada jugak la pilihan2 yang menarik kat kedai ni, contohnya ada daging bakar, gulai kawah, sup tulang, nasi kerabu dan macam2 lagi la. Tp bagi aku, apa yang best kat kedai ni ialah daging bakar dia la. Fuh! power ooo… Masakan kat kedai ni lebih kepada masakan pantai timur. Owner kedai dia ni orang kelantan. Harga dia x mahal pun. Ok la, berbaloi. Aku puas makan kat situ. Macam tadi, aku makan untuk 2 orang, baru 15.90 ringgit beb. Hah! ok la tu sekali ngan air. Aku makan daging bakar, kerabu perut, sup tulang, nasi putih 2 n air pun 2. Selain makanan yang menarik, kedai dia pun menarik jugak. Kemas n bersih aku tgk. Kiranya kalau makan tu berselera la. Hehehehe… Pada mereka yang pentingkan kebersihan dan kekemasan, inilah tempatnya. Dan pada sesiapa yang terlalu kat area tu, singgah la dan cuba sendiri… |
|







