• rss
  • twitter

Selamat Pengantin Baru..

1

Minggu lepas, aku n rakan2 yang lain ke pahang tuk meraikan perkahwinan AJIBEAR n DILA. Semuanya berlangsung dengan sempurna. Alhamdulillah , dengan sekali lafaz, mereka berdua sah menjadi suami isteri. Minggu ni plak abg si bear plak. Mungkin aku akan ke Baling, Kedah untuk menyambut n meraikan perkahwinan Khairul Ridzwan AKA Along n Pasangan nya aku tak tau nama…

Pada mereka adik beradik, aku n she ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Doakan kebahagiaan kami juga yer.. hahahaha… moga2 turn kami lak berlangsung dengan cepatnya!

February 22, 2010 at 2:07 pm
File under: Jalan - jalan

Malang tidak berbau

2

Jam 2stgh petang, kuar makan ngan si dia. Layan nasi ayam warisan dekat kota damansara ngan dzofeer, wardah, wan, adib n si dia. Budget lepas makan nak gi jenjalan plak kat bukit cerakah shah alam. Nak di pendekkan cerita, otw nak gi shah alam, aku eksiden. Nasib baik luka2 kecil jer. Alhamdulillah…

Pada mereka2 yang memandu exit TTDI jaya shah alam, hati2 lah di selekoh yang tajam tu. Nampak macam selekoh biasa, tapi bahaya. Masa kami semua tunggu tow trak pun ada jugak org lain yang nak terbabas. Sib baik dia dapat counter balik keter dia.

Kesian WCN n kesian jugak pada si dia. Sekarang ni aku dah xder transport. insyaALLAH dalam 2-3 hari ni aku ambik moto. Terpaksa naik moto semula. Ujian oh ujian…
DSC_7013

January 11, 2010 at 1:24 am
File under: Jalan - jalan

Pulau Perhentian

1

Perjalanan kami bermula hari sabtu awal2 pagi iaitu pukul 3.00pg. Perjalanan yang “gamble” ni agak mencuakkan aku sebab tmpat yang kami nak pi ni agak jauh dan memerlukan duit yang bnyak. Tp alhamdulillah, disebabkan bulan puasa, so “sep” skit la. Kami tiba di Kuala Besut kol 10stgh x silap aku. Sampai jer kat sana, trus pi “usha” tiket. Alhamdulillah, dengan kepandaian kawan2 ku, kami dapat harga murah sikit dari org lain.

Pulai Perhentian

Tepat jam 12tghari, kami pun bergerak dari jeti Kuala Besut ke P.Perhentian. Agak teruja aku bila naik bot tu. Nampak mcm biasa jer, tp enjin V6 tu, double enjin lak tu. Memang laju jugak la. Macam naik Honda VTEC lak aku rasa. Masa naik bot tu, banyak jugak la pemandangan indah yang dapat aku saksikan. Antaranya airnya yang kaler biru2 kehijauan, awan berkepul2, batu karang yang agak jelas kelihatan serta ikan “nemo” yang banyak. (more…)

August 24, 2009 at 4:17 pm
File under: Jalan - jalan

Fuh! Lamanya…

4

Pagi ni aku teman kan ehem2 aku p interview.  Kul 7 kuar dari umah, sampai kat kelana jaya kul 7stgh. Interview nya kat mimos. Penah dengar mimos?? Ala… xkan tak tau kot! Nak di pendek kan cerita, kami sampai di mimos kol 8. Interview katanya bermula jam 8 stgh. So ada la masa stgh jam lagi nak relek2.

(more…)

July 11, 2009 at 1:46 am
File under: Jalan - jalan

Perjalanan ke Pantai Timor

3
Salam sejahtera… Hari ni aku nak sambung cerita aku di Post “Perjalanan yang penuh harapan…“. Mungkin agak terlalu panjang untuk aku ceritakan sepenuhnya, tapi aku akan cuba untuk pendek2 kan ceritanya. Perjalanan kami ber 5 (Abang aku, mak, abah, alif n aku) sangat2 menggembirakan. Perjalanan yang sangat jauh melalui Bentong > Raub > Lipis > Gua Musang dan sebagainya sehingga kami sampai ke Besut Terengganu. Sampai jer sana, kami terus cari tempat menginap… Huh Keciwa aku. Plan nak lepak kat Primula Besut. Tp ada renovation works kat situ, so dia tutop. Aku pun terai la cari chalet kat area Bukit Keluang. Fuh! Penuh la pulak. Last2 aku cuba tanya2 orang kat situ. Diorang semua suruh kami cari kat Pantai Air Tawar, Kuala Besut. Last2 jumpa la jugak… Itupun nasib. Tempatnya ok jugak la. Nak kata selesa x jugak, nak kata x selesa pun x jugak. Tengah2 la… Murah jer, cuma RM80.00. Ok la tu! (more…)
June 13, 2009 at 1:04 pm
File under: Jalan - jalan

Perjalanan yang penuh harapan…

2

Assalamualaikum and selamat pagi, pada semua pembaca. Pagi ni aku nak memulakan perjalanan ker Kelantan. Lebih specific nya nak  ke area2 Kuala Besot (Sempadan Terengganu-Kelantan). Perjalanan ini adalah salah satu perjalanan yang akan menjadi sejarah dalam keluarga aku.

Tujuan kami (mak, abah n abang) ke sana adalah merisik untuk abang aku. Perjalanan kami ni mungkin akan melalui persisiran pantai iaitu Kuantan-Kuala Terengganu-Kuala Besut. Sajer bawak anak buah n mak abah. Doakan kami selamat pergi n selamat pulang yer… Pulang dengan membawa keputusan yang gembira. InsyaALLAH…

June 10, 2009 at 10:36 pm
File under: Jalan - jalan

Majlis Pertunangan

3

Hari jumaat haritu, aku n kawan2 swift yang lain mengadakan konvoi ke Pekan, Pahang Darul Makmur. Tujuan kami kesana adalah untuk meraikan majlis pertunangan sahabat Swift kita iaitu Khairul Aziz (Bear). Tak ramai sangat geng2 Swift yang pegi. Adala 4 biji. Walaupun x ramai, tp perjalanan kami seronok. Seronok menolak kereta Adib.. Hehehehe…

Perjalanan kami bermula jam 11pm lebih. Aku n Adib naik 1 kereta (WCG 6004). Keter aku, aku tinggalkan di Petronas Melati. X sampai beberapa kilomiter, keter Adib Temperature nyer naik… Huh! Mampoih! Disebabkan temperature dah naik, aku terpaksa berhenti di tol gombak. Kesian As, Jan n lain2 sebab terpaksa menapak 2 kilometer semata-mata nak tolong kami… Apa pun, terima kasih kat korang… (more…)

June 8, 2009 at 9:12 am
File under: Jalan - jalan

Pejalanan yang memenatkan…

3
Lepak-lepak di seksyen 13

Lepak-lepak di seksyen 13

Malam minggu aritu, aku lepak ngan depa. Citer macam2. Pasal sakit la, pasal tarikh lahir la, pasal keter n macam2 lagi la! Cerita punya cerita, tak sedar dah kol 4 stgh dah. “Fuh!! kena balik ni. Esok aku nk kena shoot balik ke kg pulak…. ayoo paa.. Perrgghhh… ngantok!” Sampai ampang dah kol 6pagi. Nak tido pun dah x berbaloi dah. So aku pun “pejam ayam” jer la. Hehehehe… 8pagi bertolak dari ampang. (more…)

May 25, 2009 at 7:11 am
File under: Jalan - jalan

Semalam yang hangat!

7

Boleh dikatakan semalam adalah hari yang sama seperti biasa. Lepak, sembang2, diskas2, pastu ketawa2, tiba-tiba….!! “Boommmm” Huh! eksiden… sib baik aku bawak kamera. Ni la first time kamera ni nangkap gambor org eksiden. Sebelum eksiden tu, kami (joe, dzof, wan n aku) nmpk keter caldina tu. Memang dia selow jer. Tp bunyi dia masa dia hentam pokok tu agak kuat jugak la. Lepas jer bunyi dentuman, aku, joe n dzof pun pegi la ke sana. Sampai jer kat keter tu, kami pun nmpk ada api… Lepaih tu, kami pun dok jauh2 la, takot keter tu meletopp! Hah apa? Siapa pemandu dia?? “Cina mabok…” Kat mana tmpat kejadian tu?? “Kat damansara, kat palm spring…” (more…)

May 16, 2009 at 9:17 am
File under: Jalan - jalan

Balik kampongg..hohoho.. balek kg!!

1

Semalam, aku ngan mak aku n abah aku balek kg. Kami kuar dari rumah kol 9stgh pagi. Sampai sana 12 stgh tghari. Lambat jugak kan?? Hmm biasa la, bawak ong tua… Nak kena selow2. Bila balik kg kali ni, teringatkan aku masa aku kecik2 dulu. Men beskal la, nyorok2 la, mcm2 ada. Best time kecik2 dulu, rasa nak jer jadi budak semula. Tp bila igt balik org yang udah xder contohnya atuk n opah n wan lijah, sedih lah aku… “Hoh! ni apesal ni, menitik air mata lak?” Hmm.. lupakan semua tu.. Ni sajer la nak share gambor ngan korang… Nengok la, kampong bapak aku. Manala tau kot2 korang penah sampai ke kg bapak aku ni satu masa dulu…!!! (more…)

May 11, 2009 at 2:15 pm
File under: Jalan - jalan

Twitter Updates