• rss
  • twitter

Sharing is…

-

Betul ker ni?? Hishh… xper2, aku cuba dulu. Kalau yang lain pun nak cuba jugak, klik image kat atas tu. Sama2 kita lihat, mendatangkan hasil ataupun idak!

June 20, 2009 at 3:51 am
File under: Others

Impian & Cita-cita… Adakah ianya sama?

1

Impian… Cita-cita… Adakah ianya sama? Apa pendapat anda tentang kedua-dua ungkapan tersebut? Sekiranya anda benar2 faham tentang perkara tersebut, ataupun mempunyai sebarang ulasan mahupun pendapat tentang kedua-duanya, tinggalkan ia di ruangan komen… Mungkin ianya berguna pada mereka2 yang melawat blog peribadi ini.

Ada yang mengatakan…

“Impian ialah satu keinginan yang belum disokong dengan satu tindakan yang realistik untuk menukarnya menjadi kenyataan”

Manakala…

“Cita-cita ialah satu keinginan yang telah disokong dengan satu tindakan yang logikal untuk menukar keinginan tersebut menjadi kenyataan”

Adakah anda setuju??

June 19, 2009 at 9:57 pm
File under: Others

Aku seorang pemalas

3

Pagi ni aku bangun awal. Pastu tatau nak buat apa. Sampai kol 11 stgh pagi aku asyik mengadap komputer jer. Layan blog orang… Syokk ooo… Aku plan nak gi amek cek harini… Tp… pergghhh, jauh la pulak nak pegi… Oit En. Bear, kenapa la opis kau ni aku rasa jauh sgt! Rasanya esok jer la aku pi opis… Memang malas sgt rasanya!

Mungkin harini hari malas aku… Erkkk.. yer ker hari ni? Bukan tiap2 hari malas ker? Hikhikhikhik… Satgi nak layan Wordpress lak. Nak kasi pawer lagi, design nak kasi superb… Oklah! Chau… Opppp sebelom tu kita layan lagu ni… Zassssss

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=TD0PAFUdMN8]

June 17, 2009 at 6:59 pm
File under: Others

Perjalanan ke Pantai Timor

3
Salam sejahtera… Hari ni aku nak sambung cerita aku di Post “Perjalanan yang penuh harapan…“. Mungkin agak terlalu panjang untuk aku ceritakan sepenuhnya, tapi aku akan cuba untuk pendek2 kan ceritanya. Perjalanan kami ber 5 (Abang aku, mak, abah, alif n aku) sangat2 menggembirakan. Perjalanan yang sangat jauh melalui Bentong > Raub > Lipis > Gua Musang dan sebagainya sehingga kami sampai ke Besut Terengganu. Sampai jer sana, kami terus cari tempat menginap… Huh Keciwa aku. Plan nak lepak kat Primula Besut. Tp ada renovation works kat situ, so dia tutop. Aku pun terai la cari chalet kat area Bukit Keluang. Fuh! Penuh la pulak. Last2 aku cuba tanya2 orang kat situ. Diorang semua suruh kami cari kat Pantai Air Tawar, Kuala Besut. Last2 jumpa la jugak… Itupun nasib. Tempatnya ok jugak la. Nak kata selesa x jugak, nak kata x selesa pun x jugak. Tengah2 la… Murah jer, cuma RM80.00. Ok la tu! (more…)
June 13, 2009 at 1:04 pm
File under: Jalan - jalan

Perjalanan yang penuh harapan…

2

Assalamualaikum and selamat pagi, pada semua pembaca. Pagi ni aku nak memulakan perjalanan ker Kelantan. Lebih specific nya nak  ke area2 Kuala Besot (Sempadan Terengganu-Kelantan). Perjalanan ini adalah salah satu perjalanan yang akan menjadi sejarah dalam keluarga aku.

Tujuan kami (mak, abah n abang) ke sana adalah merisik untuk abang aku. Perjalanan kami ni mungkin akan melalui persisiran pantai iaitu Kuantan-Kuala Terengganu-Kuala Besut. Sajer bawak anak buah n mak abah. Doakan kami selamat pergi n selamat pulang yer… Pulang dengan membawa keputusan yang gembira. InsyaALLAH…

June 10, 2009 at 10:36 pm
File under: Jalan - jalan

Majlis Pertunangan

3

Hari jumaat haritu, aku n kawan2 swift yang lain mengadakan konvoi ke Pekan, Pahang Darul Makmur. Tujuan kami kesana adalah untuk meraikan majlis pertunangan sahabat Swift kita iaitu Khairul Aziz (Bear). Tak ramai sangat geng2 Swift yang pegi. Adala 4 biji. Walaupun x ramai, tp perjalanan kami seronok. Seronok menolak kereta Adib.. Hehehehe…

Perjalanan kami bermula jam 11pm lebih. Aku n Adib naik 1 kereta (WCG 6004). Keter aku, aku tinggalkan di Petronas Melati. X sampai beberapa kilomiter, keter Adib Temperature nyer naik… Huh! Mampoih! Disebabkan temperature dah naik, aku terpaksa berhenti di tol gombak. Kesian As, Jan n lain2 sebab terpaksa menapak 2 kilometer semata-mata nak tolong kami… Apa pun, terima kasih kat korang… (more…)

June 8, 2009 at 9:12 am
File under: Jalan - jalan

Twitter Updates