• rss
  • twitter

Malam2 pun dapat hadiah! yay!!

5

Terharu aku bila kawan2 celebrate n igt hari lahir aku. Mana x nya, aku ni bukan jenis yang ingat hari lahir sendiri n x selalu sambot ponnn… Tp tahun ni, alhamduillah cukup 26 tahun aku dia dunia ni, ramai yang boleh terima kehadiran aku di samping mereka especially family, rakan2 dan x lupa juga pada si Dia yang menanti aku nun jauh di sana.

Suzuki aku dah ada, so aku amek Honda pulak la...

Suzuki aku dah ada, so aku amek Honda pulak la...

Terharu pasal apa?? ni ada lah sorang kawan baik aku ni, dia kasi hadiah jugak. Apa pun terima kasih pada Mr Dzofeer kerana bersusah payah menyediakan ruangan khas untuk aku di blog dia dengan tajuk EPY BUFDAY MR BO. Aku amat berterima kasih pada beliau. kesemua hadiah beliau amat aku hargai, dan aku memilih 1 daripadanya untuk dimasukkan dalam post aku kali ni. Tu la gambar hadiah aku… “Best wooo… minyak dzofeer kata dia dah topap penuh, so apa lagi lenjan la. Xkan nak bawak selow mcm org mkn angin kot. B18C – type -R nih… hehehehe”

X lupa juga kepada rakan2 yang lain yang banyak sapot aku selama aku berkenalan ngan mereka, pada Mr joe trima kasih aku ucapkan n pada semua2 yang mengenali diri ini… “Cey macam ucapan kat dalam radio plak…”

April 28, 2009 at 4:50 pm
File under: Others

Pagi yang indah, Aku dapat hadiah…

6
Hadiah Dari Si dia

Hadiah Dari Si dia

Yay! seronok rasanya dapat hadiah… Lagi2,  hadiah daripada Miss Syisha… Ni aku nak cerita skit la. Pagi td, aku tetiba rajin lak nak tolong mak aku kat dapor. Elok jer tolong dia basoh itu basoh ini, aku pun teringat la kat hadiah aku. Konon, lepas abis jer tolong mak aku, aku pun nak naik ke atas la nak track aku nyer hadia pakai parcel no. X sampai seminit lepas tu, jam 10:03 am van poslaju berenti kat depan rumah aku…

Mak aku pun trus bergegas keluar gi jumpa org poslaju tu. Mak aku igt, dia yang punya barang sebab baru2 ni, mak aku ada beli barang kat internet… Aku awal2 lagi aku dah tau dah. Kotak yang mak aku tgh pegang tu, aku yang punya. N den aku pun p la kat mak aku n aku tanya… “Sapa punya tu”… Mak aku pun tgk nama… “Laaa igtkan mama punya” Pastu dia tgk nama pengirim. Dia pun baca… “Syifarul Shafizarina. Hmm hadiah la ni!”. Aku pun mengiakan… Huh seronok sungguh dapat hadiah yang aku nanti2 kan.

Sempena bakal ulangtahun yang ke 26 ni, aku nak mengucapkan “Selamat Hari Lahir” pada Mohd Jazli Bin Mohd Zabri, semoga ALLAH lipat gandakan rezeki kamu dan DIA menjauhkan diri kamu daripada segala perkara2 buruk, bahaya dsb. Ingatlah kamu wahai Mohd Jazli, idup kamu makin lama makin singkat, umur pun meningkat. Perbanyakkanlah amal ibadat. Nescaya kamu akan menemui kejayaan dalam hidup kamu… insayALLAH…Last sekali nak ucapkan terima kasih pada Miss Syisha kerana bersusah payah kasi hadiah ni… “Saya sayang kamu!”

SELAMAT HARI LAHIR…

April 28, 2009 at 2:44 am
File under: Others

Friday, 24 April 2009

2

Assalamualaikum… Hari ni, xder apa yang menarik pun. Sama seperti biasa. Bangun awal pagi td, pastu x dpt nak tdo semula… Maybe teringatkan something kot… Awal2 pagi lagi aku dah layan siri kartun One Piece, disebabkan aku dah tetinggal jauh, malam semalam aku sedot kaw2 kat rapidshare. Tengkiu rapidshare, kau tetap di hatiku. Layan punya layan, sampai la solat  jumaat. Prepare nak p mesjid plak. Selalu sebelom solat ada ceramah agama.  Bagus gak, cerita pasal perkara2 sunat. Hmmm input bagi aku untuk minggu ni.. Alhamdulillah…

Pastu solat jumaat mcm biasa. Habis dalam kul 2 suku, pastu org berpusu-pusu kuar dari masjid. Ada yang nak masok kerja semula dan ada yang nak balik rumah untuk menjamu selera bersama keluarga tersayang… Haa! aku tergolong dalam kategori yang tu la… Sambil membawa kereta, kepala dah tpikir2 “Lapor jugak ari ni, walaupun pagi tadi aku dah bedal roti n nasi sepinggan…” hehehehe…

Sepinggan Nasi Ayam

Sepinggan Nasi Ayam

Sampai jer rumah trus park keter laju2, sebab dah x sabor. Masok jer rumah trus p kat meja makan… “Wow! Sedap nyer…” Tanpa berlengah lagi, trus aku pun amek kamera aku kat bilik, pastu turun balik ke bawah, amek pinggan, susun2 apa yang patot, pastu ambik gambor! “Mak aku masak nasi ayam la hari ni!” huhuhuhuuhu…. “Tu gambarnya kat sebelah” Tp tu la, gmbar xder la menarik mana pun, tp itula gmbr terbaik yang aku dapat… konon2 nak wat mcm ala2 MACRO lens la… hehehehe.. “x dapat jepp, 18-55 mana boleh jadi macro lak” huuuuu… sedey….

Malam ni, nak gi jenjalan ngan mak aku. Dia nak p selayang, so aku kena jadi driver dia. Pastu malam ni aku x taw dah nak wat apa. Maybe chatting or bgayut ngan “Miss Syisha”, dah rasa rindu balik kat dia… Kalau x pon, aku nak wat 1 web kot, untuk testing aku nyer code… “Yay! aku dapat hosting free syokk ooo tp domain xdak, huhuhu…” InsyaALLAH, dengan izin dia, esok akan ada post yang terbaru… bye… sayonara… Assalamualaikum…

April 24, 2009 at 12:36 pm
File under: Others

Booklet Hampir Siap (80%)

3
Booklet

Booklet

Kelmarin, semalam n hari ini aku n partner aku berhempas pulas perot menyiapkan booklet ni. Alhamdulillah dah siap 80%. Cumanya tinggal nak make sure ejaan semua betol n final touch-up. Fuh hampir siap.. lega rasanya. Tp lepas jer siap, aku kena jumpa client aku plak untuk nak tunjuk sama ada diorang setuju ker idak design tu. Kalau setuju, baru la design tu akan di bawa  ke printing company n selepas itu, aku pon MASYUKKKKKK….. Horayyyy!

Alhamdulillah…..

April 20, 2009 at 4:40 pm
File under: Project

New project… No experience…

1

Harini dapatla satu panggilan misteri dari office Milysa Excell. “Huh! abg zul call la, Alamak!” Aku pon angkat la call dia. “Hmm… botak, datang office harini!” Hadoi… malasnye nak gi. Tp bila dipikirkan balik, better aku pegi. “Ni sebab periuk nasik aku nih!” Aku pun call joe (partner aku yang cool), n suruh dia mai umah aku. Di pendek kan cerita, kami pun sampai la ke office tersebut. “Web dah update! apa lagi ni?” Rupa-rupanya, diorang nak aku wat 1 lagi pojek di mana aku n partner aku kena design 1 booklet untuk diorang. Aku pun apa lg, accept jer la. Duit la katakan… 

Tp masalahnya sekang ni, aku n partner aku ni xder langsung pengalaman design booklet, dan yang paling teruk sekali, kena submit 18 hb ni… Haiyyoo! buleh ker ni?? Last2 kami amek keputusan redah jer, n buat cara kami sendiri. Mintak2 cara kami ni betul la kot… Pada Milysa Excell, aku still nak ucapkan terima kasih sebab bagi kepercayaan kat aku untuk buat benda2 mcmni walaupun aku xder pengalaman langsung, and syukur pada ALLAH S.W.T kerana DIA bagi aku rezeki yang x putus2 selama aku menjadi seorang freelance designer…

April 15, 2009 at 9:15 pm
File under: Project

Jalan2 ke FRIM

4
Sarapan Di Kafeteria FRIM

Sarapan Di Kafeteria FRIM

Sampai jugak aku ke FRIM. Sebelom ni tengok dari luar jer. Aku, adib, joe n dzofeer. Kami berempat ke FRIM arini bersama kamera masing2. Kecuali joe jer.. “Bila nak beli joe..??”.  Kami masok ke FRIM ni jam 7am lebih. Semuanya first time masok ke FRIM, tp mungkin joe dah pernah kot! Sampai jer, kami teros berenti kat kafeteria untuk sarapan pagi.Sedap jugak makanan kat kafeteria tu. Nasi lemak dia SEDAPP!! (Kata dzofeer). Aku entah… bedal jer. Tgk la dia, melantak sampai 3 bungkos ooo… sedap la maknanya. X rugi kami sarapan kat situ. Selepas lebih kurang sejam kot, kami pon bayar n teruskan perjalanan kami ke canopy walk.

Masa nak berjalan ke canopy walk tu, masing2 pun keluarkan kamera masing2 la sebab nak amik keindahan alam semulajadi kat situ. Kami pun dapat la ambik gambar serba sedikit masa perjalanan menaiki bukit. Tp track dia ok. X macam broga hill. Lepas jer amek beberapa shot, datang la sorang abang FRIM ni. Dia naik moto. Sib baik dia tegur cara elok. Nak tau pasal apa? “mintak maaf la cik, kami x benarkan orang ambik gambar kat sini. Disini hanya untuk orang jogging jer..” Fuhhh!!! masing2 frust! mana taknya, tujuan kami ke sana untuk amek gambar. Tpkan, yang peliknya, camera biasa2 boleh jer. Camera mcm kami ni x boleh… hahahaha lawak… Sama jer… kamera jugak namanya.

Canopy Walk

Canopy Walk

So, kami teruskan perjalanan kami ke canopy walk tanpa mengambik gambor. Perjalanan selepas tu agak mencabar skit. Tp ada steps. So x perlu risau la sgt. Tp penat sikit jer la. Adib la kesian.. Tp akhirnya kami selamat sampai ke canopy walk pada pukul 9pg. Tmpt tu buka jam 9stgh pg. So ada setengah jam untuk berehat kat situ. Satu lg benda yang hampir men ‘down’ kan semangat aku… Tiket nak naik canopy walk tu kena beli kat bawah… Hadoiiii…. kecewa aku! Tp sib baik la org yang in-charge tmpt tu akak. Hmmmm… apa lagi, kami kow team la dgn dia. Sib baik akak tu org baik.

Sembang punyer sembang, dapat la student price, bayar kat situ, xyah turun balek beli tiket kat bawah, n dapat ambik gambar. Akak tu memang baik la… Sib baik la dia bagi kelonggaran tuk amek gambar. Bersemangat aku..!! Kat atas tu, kami habiskan masa paannnnjaaannngg sgt sebab tangkap gambar kat atas tu memang best. Puas ati dapat amek gambar…

Disini, aku cuma nak berpesan la… kepada sesiapa yang nak datang kesini n nak ambik gambar pakai DSLR, kena register kat information center kat bawah. Kalau ambik gambar untuk tujuan menjual, akan dikenakan bayaran untuk kamera tersebut sebanyak seratos. Tp kalau nak ambik gambar sesajer, xder bayaran. Register free… n jangan lupa, kalau rasa2 nak naik canopy walk, beli tiket di tempat yang sama kita register kamera kita tu… Tah haper2.. buat jer la kaunter kat canopy walk tu kan?? Haper la FRIM, lain kali nak buat rules, pikir la org lain. kang x pasal2 org yang dah penat mendaki, terpaksa turun bawah balik semata2 nak beli tiket untuk naik canopy walk.

Hmmm.. pada kawan2 yang sama2 penat tuk arini, terima kasih yang x terhingga kerana menjayakan aktiviti ini… lepas ni, kita gi outing sesama kat tempat lain plak. Huihhh… x sabar rasanya nak gi jenjalan kat tempat cenggini lagi… oklah bye…

FRIM

FRIM

April 9, 2009 at 1:05 pm
File under: Jalan - jalan

Peristiwa Hari Ini

2

Awal2 pagi lagi dah bangun tdo… Maklum la, nak p bersenam la katakan… Fuh!! Semangat giler aku hari ni… 6 stgh pagi aku pun setat la enjin keter aku… “perangat enjin” org perak kata… Lebih kurang 3 minit lepas tu, gerak la aku dari ampang ni… Destinasi pagi ni ke Taman Layang2 kat Kepong. Gi jogging ngan joe adib n dzofeer…

Best wooo… Maklum la, aku baru first time sampai taman ni.. Namanya dok KL, tp x penah pun jenjalan ke sana… Kami pun mula la berjogging pukul 7 pg. Fuhhh!! Penat giler beb… Non stop aku kasi.. dari tmpt parking, trus ke menara tinjau yang dekat ngan tasik tu. Power x aku??? Hehehehehehe…

Lepas jogging p minum ngan diorang kat al-safa Sri Damansara. Lepak sana dalam sejam, pastu masing2 balik. Adib anta dzofeer sebab dia nak masok keja kol 9 stgh. Aku n joe trus gi ke Paya Jaras Sg Buloh sebab nak hantaq barang skit kat sana. Elok jer settle hantar barang, aku terima call dari adib… “Hah?? Apa??? Eksiden? ok ker dia???”

Sapa eksiden?? Dzofeer la, sapa lagi… xkan adib kot… Tp sib baik ok… xder teruk. Cumanya terseliuh tangan je. Aku n joe jumpa diorang kat sepital selayang. Lama jugak kami kat sepital… Hampesss tol la… aku rasa diorang keja main2 la… lamer benor kami tunggu nombot giliran…

Tunggu Giliran

Tunggu Giliran

Sian member aku yang sorang ni… dah la sakit, kena tunggu lama lak… Tp sib baik la kawan2 lain ada. Xder arr bosan sgt kami. Leh sembang2 sesama kami. Tgk la gamaq dia tu… mcm x sakit ja.. hehehehe mana x nya dapat cuti sakit dua ari… kami pon apa lagi, reker plan untuk esok la. Sok ada plan menarik. Nak follow?? Haaa… kami nak p FRIM lak pagi besok. Nak test kamera baru adib… hehehehehe…

April 8, 2009 at 10:00 am
File under: Others

Broga… Huh! poneknyooo…

4

Hmmm… punya la suka ati…. mana taknya… sekarang dah ada internet kat umah aku. Dapatlah aku update blog aku nih… Pagi ni, aku penyer la penat… Tp nak jugak edit gambar. Walaupun edit mcm tah haper-haper, tp puas hati la kiranya! Bukan puas hati pasal edit tu cantik, tp puas hati dapat pegi ke satu tempat ni… Syok wooo!

Broga… Penah dengar nama tempat tu?? Haaa… sebenarnya tempat ni xder apa2 pun. Kot nak ada pun, University of Nottingham. Terletak lebih kurang 15KM dari bangi, perjalanan mengambil masa dalam setengah jam,  kalau bawak rilek dari bangi, kami pun pagi tu plan la nak gi ke suatu tempat ni “Broga Hill” namanya.

Aku, kawan aku sorang (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu), dzofeer, jun (awek pada dzofeer) n joe. Kami berlima ni pun pegilah ke broga. Masa tu kalau x silap aku, kami bergerak dari bangi, kalau x salah aku la, dalam kol 4 lebih. joe, aku n kawan yang terpaksa dirahsiakan tu naik keter aku. dzofeer n ehem dia naik kete lagi satu. Aku pun lead la diorang terus ke broga.

Sebenarnya, aku hanya tau broga… Tp broga hill ni aku x taw kat mana. So aku pun bawak la diorang ke pekan broga yang ala2 pekan komunis tu. Masa sampai tu, xder orang pun kat pekan tu untuk kami nak tanya, kat mana broga hill tu… n den aku pun setop la kat satu tempat. Bila dah berenti, nak cari orang la untuk nak bertanya… last2 kami terdengar bunyi macam org tengah potom sumthin’. Aku n dzoffer pon gi la ke tempat bunyi tu dengan harapan ada org untuk kami nak bertanya…

Aku dah agak bunyi tu mcm biasa aku dengar pagi2. Biasa, kalau kat pasar cina kat ampang ni, memang selalu ada bunyi org potong2. Diringkaskan cerita, rupanya org tgh potong babeee. Kami pon xder pilihan tanya la kat uncle tu. Pastu blah… Huiiissshhh, geli la jugak! (dzofeer… jangan muntah yer!) 

Kami pun patah balik cari jalan. Masok sana masok sini x jumpa2 gak. Last2 tanya asooo kat kedai kopi tu, dia pun bgtau la…last2 jumpa jugak. sib baik ada sekumpulan cila ni baru nak berangkat naik ke broga hill. Kami pon masok sekali ke tempat tu ngan cinon2 tu, sebabnya diorang ada torch light, kami xder!

Fuh… memula, semua semangat! Last2 pancet… Penat woo wa cakap luu… dzofer, kawan aku n jun dah tinggal dah time tu… aku n joe trus follow cina tu mendaki. Bangga la jugak aku sebab time pendakian tu, aku rasa aku paling pawerrr… hehehehehe…. “Biasa la, abang dulu komando dek!” Last2, aku sampai dulu dari semua2 yang lain… Fuhhh! time tu, legenyer aku rasa… Tp kan, time mendaki tu, ada la citer lawak skit… tp aku maleh nak cerita atas sebab2 tertentu… kalau korang nak tau cireta haper, pandai2 la korang cari…

Sampai jer atas… fuh!!, angin best, suasana tenang, pemandanagan pun cantik. Kiranya berbaloi la pendakian yang agak memenatkan, dibalas dengan keindahan ALLAH yang tiada tandingan nya. (Hiuuu meremang bulu roma aku sebab cantik). Pengalaman yang mungkin xkan aku lupakan sampai bila2… Pada 3 org yang dapat sampai tu (aku, dzofeer n joe), tahniah la aku ucapkan… Tp pada dua org x dapat naik sebab penat, pun tahniah juga sebab kalian telah cuba sedaya upaya untuk naik, tp kecundang jua akhirnya…. Xpa, lain kali kita p, aku nak korang naik jugak sampai atas…

Hmmm ni gambor yang x seberaper… buruk jer edit nih. Maklum la, aku ni bukannya terer sangat bab2 mengedit nih… Owh ya… pada Mag (adli) aku rasa one day nanti kita naik sesama n thanks sebab sudi lawat blog aku… Akhir kata, Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh….

 

Fuh.. penatnya

Fuh.. penatnya

April 5, 2009 at 10:28 am
File under: Jalan - jalan

Twitter Updates