• rss
  • twitter

Yeeeeeehaaaa! Akhirnya… abis jugak!

-

Best sungguh rasanya bila betul2 free nih! x sabar aku nak keje lepas ni. Nak cari duit sendiri, nak ada sumer2 yang aku impikan selama ni. Bagi semua rakan2 seperjuangan, tahniah aku ucapkan sebab kita sesama dapat abiskan DEGREE kita ni dengan jayanya… Alhamdulillah… Tp bagi mereka yang kurang bernasib baik, bersabar la… sumer tu ada hikmah di sebaliknya.

Wei kata nak p jenjalan.. mana? hehehehe… Tp tu la, nak p pun kena ada duit! aku kekeringan tunai sekarang ni… Fuh! ujian…ujian… tp xper… sekurang kurangnya beban yang aku tanggung selama ni sedikit sebanyak dah jadi ringan. Apa yang penting sekarang ni aku nak keja. Wei kawan2… tolong la, mana tau kot2 ada keja best2 ker ingat2 la kat aku…. hikhikhik…. nak jugak merasa keje tmpt yang best2…

Ooo ya… sebelom terlupa… nak ucapkan pada si dia sebab berjaya jugak abiskan final project ni! TAHNIAH!  Lepas ni cari keje yang baik2 n yang boleh menjamin masa depan yer… I kat sini sentiasa mendoakan kejayaan u… Pada kawan2 umah (Wan, king, min, dzofeer, joe, adib n farid) aku nak ucap tahniah sekali lagi kat hang pa sebab berjaya buat yang terbaik untuk degree kali ni…

Kesempatan ni jugak aku nak mintak maaf banyak2 kat hangpa semua ada salah silap, terkasar bahasa, terambil ker apa ker, mintak halal makan dan minum aku noo… Aku anggap hangpa semua dah macam adik beradik sebab kita sejak jer pindah ke bangi ni, memang kita rapat… x macam sebelom ni, bila abis kelas, masing2 trus balik ke umah… Ada hikmahnya kita berpindah ke bangi nih. Seronok dapat kawan mcm hangpa semua… Baguih sebenaqnya hangpa semua ni…

Pada mak n abah! Terima kasih yang x terkira… berkat doa mak n abah, dapat jugak lee abiskan degree nih dengan cemerlang… bukan setakat degree jer, masa sijil n diploma dulu pun cemerlang la jugak… (Aku mula nak menitik dah ni… huh! control2.. “Im ok2″)… X lupa jugak pada semua adik beradik yang dah banyak membantu, bantuan anda semua akan ku kenang hingga ke akhir hayat…

Ok… cukup! Ilangkan semua rasa sedih2… kita cerita pulak pasal system aku nih… Pada sesiapa yang nakkan final project, aku dengan ini mengambil keputusan untuk menjual system aku siap sekali dengan documentation yang aku dah buat… Kiranya complete la… kalau untuk final project tu, aku rasa dah memadai untuk nak dapat A… hikhikhik… konfiden lebih la pulak! Tp kalau betul2 nak, bolehla contact aku (softbox[at]live.com.my). Nanti aku akan cerita detail pasal system aku…

Hmm ok lah! cukup setakat ni, nanti kita cerita kat post yang lain… YEEEEEHHHAAAA! sukanya aku… InsyaALLAH, tahun depan kita konvo sesama yer kawan2… Semoga panjang umur n murah rezeki pada semua… AMIN…

November 29, 2008 at 8:51 pm
File under: Others

Final oh final exam….

-

Huh! Lega rasanya final exam dah abis. Hari ni last.. paper software engineering. Huihsss! lawak pun ada. Mengarot abis aku jawap paper td. Dgn grammar tunggang terbalik, ikut suka aku jer hentam suka hati… hikhikhik… Tp apa pun aku dah lega skit, x payah nak baca2 buku dah. Cumanya sekang ni yang paling takot sekali final project. X siap2 lagi…

Arggghhhhhhhh… tension la pulak bila teringat final project nih! Hmmmm… xper la nak tak nak kena buat jugak kan? Semoga berjaya Jazli….

November 14, 2008 at 4:12 am
File under: Others

Final project presentation… final exam!

4

Assalamualaikum n selamat sejahtera… Pagi ni aku baru jer baik dari demam… Tp idung aku masih berair lagi. Sbnrnya xder apa pun nak cerita, cumanya nak luahkan perasaan aku kat blog ni. Rasa takut pun ada, mana x nya… Final exam minggu depan dah mula. So nak kena pulun baca buku. Dah la subject tu mcm hampeh! Dalam masa yang sama jugak, nak kena siapkan final project. Presentation plak selepas minggu exam. Hadoi! banyak nyer keje.

Pada rakan2 serumah n rakan2 seperjuangan yang lain, teruskan usaha anda… semoga kita grad sesama. Tp mcm kawan aku tu dah x perlu risau dah. Cuma tumpukan kat documentation jer.. Huishhh! untung2! Tp xper la.. “Setiap org ada cara masing-masing”. Hahahahahaha….. ok kawan2 aku chausin dulu… nak rehat nak tenangkan idong aku… babai..

November 7, 2008 at 4:49 am
File under: Others

Jalan2 ke Putrajaya

1

Hi… Kelmarin aku pegi la jalan2 ke pantai dalam, makan ayam golek kat sana. Mesti ramai yang tau kat mana ada ayam golek special kat sana kan? Tempat dia memang famous… Tapi, mungkin ada jugak ramai yang tak tau di mana kedai ayam golek tu… Hmmmm…. cerita pasal ayam, lapar la pulak. Tapi, masa aku ke pantai dalam tu, aku terlupa nak amek gamaq ayam golek tersebut. Sebab time tu aku terlampau lapar tahap gaban. So untuk post kali ni, xder gambar makanan. Hanya text yang boleh di baca sahaja. Kedai ni terletak di pantai dalam berhampiran dengan Angkasapuri Kuala Lumpur. Nama kedai ayam tu “5 bintang”. Pada sesiapa yang rasa2 nak mencuba ayam golek tersebut, marilah kita berlumba2 ke kedai 5 bintang sementara stock masih ada! hehehehe….

Masjid Putrajaya (Suasana di waktu malam)

Masjid Putrajaya (Suasana di waktu malam)

Lepas jer lepak kat sana (pantai dalam), aku pun sempatlah ronda2 kat sekitar KL sat. Tp KL sekarang ni dah bosan. Tak macam dulu. So, aku pun terus gerak ke Putrajaya bersama dengan ehem aku. Sampai jer di sana, aku pun sibuk la kuar kan SLR aku yang baru tu untuk ambik gambar2 yang menarik. Time aku amek gambar masjid ni, ada ramai lagi juru foto yang sama2 ambik gambar masjid tersebut. Memang lawa la masjid ni… dengan lampu2 yang berwarna warni, dan angle yang agak menarik, membuatkan gambar ni betul2 nampak superb!

Kenangan bersama "MU" di Putrajaya

Kenangan bersama

Tengah sibuk2 ambik gambar, tetiba aku ternampak Myvi kawan aku… “Hey wan!” aku panggil dia… Dia pun terkejut. Macam x sangka dapat jumpa kat situ. Malam tu wan dari Bangi bersama sma ehem dia n kawan2 lain termasuklah Muhaimean, Ayuni n Zack. Lepas jer sembang2 sat, kami pun terus ke Bangunan Perbadanan Putrajaya (“Aku kenal sapa design bangunan ni”). Kami pun sempat ambik gambar kat situ bersama2 (“Uiihhh! mesranya kawan aku tu”).

November 4, 2008 at 12:43 pm
File under: Jalan - jalan

Twitter Updates